Microsoft Words (Membuat Carta Organisasi) & Advokasi KDB
24 September 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini telah dihadiri oleh 6 orang peserta iaitu terdiri daripada Tuai-Tuai Rumah. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PI Machan.
Peserta telah diajar mengenai Microsoft Words serta penggunaannya. Peserta mempelajari cara penggunaan asas Microsoft Words dengan membuat Carta Organisasi JKKK dan KRT kampung atau Rumah Panjang masing-masing.
Akhir sekali, peserta juga diberi taklimat ringkas mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai e-Waste. Ia bertujuan mengalakkan peserta melakukan pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayatnya. Ia juga bertujuan memberi kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: